SYEIKH Yusof (kiri) menjelaskan kedudukan terkini Masjid al-Aqsa kepada Ahmad Fikri (kanan) serta rombongan ziarah dari Malaysia. FOTO ihsan Yayasan al-Amin
SYEIKH Yusof (kiri) menjelaskan kedudukan terkini Masjid al-Aqsa kepada Ahmad Fikri (kanan) serta rombongan ziarah dari Malaysia. FOTO ihsan Yayasan al-Amin
Amir Abd Hamid


JABATAN Waqf al-Aqsa yang bertanggungjawab menjaga kesucian Masjid al-Aqsa mengadakan mesyuarat, hari iniuntuk kemungkinan besar menarik balik seruan tidak solat dalam masjid itu sebagai bantahan langkah keselamatan Israel di pintu masuk masjid.

Imam Besar Masjid al-Aqsa, Syeikh Yusof Abu Sneinah menyatakan demikian ketika pertemuan rombongan dari Malaysia di Baitulmaqdis, hari ini.

“Imam berkenaan turut berpesan supaya umat Islam terus mengimarahkan Masjid al-Aqsa walau apa keadaan sekali pun,” kata petugas Yayasan Al Amin, Ustaz Ahmad Fikri Akmal, 24, yang mengetuai 20 orang dari Malaysia ke masjid ketiga suci dalam Islam itu.

Rombongan ziarah Masjid al-Aqsa anjuran Yayasan Al Amin kendalian ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd bertolak dari negara ini, 25 Julai lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 31 Julai depan.

Laporan media memetik orang Palestin enggan memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa sejak minggu lalu sebaliknya solat di luar selepas alat pengesan logam dimuatkan susulan serangan pada 14 Julai lalu yang membunuh dua polis Israel dan tiga lelaki Palestin.

Penduduk Palestin juga dilaporkan meneruskan bantahan dan konfrontasi dengan Israel di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat tanda menolak peletakan kamera kawalan keselamatan baru di pintu pagar ke pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas alat pengesan logam diturunkan dari situ.

Alat pengesan dan kamera pintar itu mencetuskan kemarahan dan bantahan Palestin yang menganggapnya cubaan Israel menguasai tempat suci itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 6:29 PM