Mohamed Khaled bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (empat dari kiri) dan  A Rahim (empat dari kanan) memotong kek ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Dataran Bandaraya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohamed Khaled bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (empat dari kiri) dan A Rahim (empat dari kanan) memotong kek ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Dataran Bandaraya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Sabran Md Sani


MAJLIS Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru #berayacaraJB 2017 disambut meriah apabila dihadiri 15,000 tetamu pada majlis yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam ini.

Program kali kedua membabitkan 58 rakan strategik MBJB itu dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan gimik perasmian membabitkan acara memotong kek.

Konsep 'potluck' dimeriahkan dengan penampilan 58 gerai makanan disediakan rakan strategik, selain orang ramai turut menikmati menu disediakan 10 trak makanan.

Terdahulu Mohamed Khaled yang tiba di pintu gerbang utama disambut dengan acara unik apabila diarak Datuk Bandar MBJB, A Rahim Nin menaiki kereta beca ke pentas utama.

Program berkonsepkan tradisional bermula jam 7.30 malam hingga 11 malam itu dimulakan dengan acara marhaban dan doa syawal oleh Kumpulan Iltizam MBJB.

Sebagai penghargaan, Mohamed Khaled menyampaikan sijil penghargaan dan plak kepada 58 rakan strategik yang menyediakan 68 menu untuk hidangan tetamu di sekitar bandar raya ini.

Tetamu kemudian dihiburkan persembahan artis undangan yang juga pasangan adik beradik, Amira Othman dan Irfan Haris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 11:05 PM