ANGGOTA bomba membawa keluar lelaki terbabit keluar dari kenderaan.
ANGGOTA bomba membawa keluar lelaki terbabit keluar dari kenderaan.
Shahrul Nizam Mohamad


Bera: Pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat di Kerayong, di sini, cemas apabila seorang lelaki yang disangka mati dalam kereta Perodua Alza dipandu sebenarnya pengsan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, penjawat awam berusia 31 tahun berkenaan dikatakan pengsan selepas dipercayai mabuk.

Difahamkan, pengguna jalan raya yang hendak memulakan perjalanan apabila lampu bertukar hijau bingung bercampur geram selepas lelaki terbabit tidak meneruskan pemanduan sehingga menyebabkan lampu bertukar merah semula.

Orang ramai kemudian menghampiri kenderaan berkenaan namun terkejut apabila mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri dan disangka mati.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bera berkata, sepasukan anggota yang bergegas ke tempat kejadian berjaya membuka pintu kereta lelaki terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 7:15 AM