Abu Bakar (tengah) menunjukkan kad disyaki dikeluarkan sebuah NGO pada sidang media di Ayer Keroh. FOTO Zairee Mohd Yasak
Abu Bakar (tengah) menunjukkan kad disyaki dikeluarkan sebuah NGO pada sidang media di Ayer Keroh. FOTO Zairee Mohd Yasak
Zairi Mohd Yasak


SEORANG penyelia sebuah kilang ais di Malim Jaya, Melaka Tengah, ditahan Jabatan Imigresen selepas menggunakan kad khas untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) kononnya diiktiraf sama seperti Enforcement Kad (E-Kad) Sementara Pekerja Asing.

Ketika ditahan lelaki berusia 38 tahun itu mendakwa ditipu ejen yang menawarkan kad itu yang dikeluarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri Abu Bakar Sidik berkata, lelaki itu ditahan pihaknya ketika melakukan pemeriksaan di kilang terbabit pada 10 pagi hari ini.

"Dia mendakwa memperoleh kad itu daripada ejen dengan bayaran RM1,000. Dia ditahan bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja secara tidak sah.

"Jadi kami ingatkan pekerja asing atau majikan jangan terpedaya, yang diiktiraf sekarang hanya E-Kad saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 9:36 PM