Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kilang plastik dan getah di Kawasan Perindustrian Rasa. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kilang plastik dan getah di Kawasan Perindustrian Rasa. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


USAHA memadamkan kebakaran kilang plastik dan getah di Jalan Teratai, Kawasan Perindustrian Rasa, Kuala Kubu Bharu sejak petang Ahad lalu masih dijalankan sehingga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, bomba berdepan kesukaran memadamkan kebakaran itu berikutan terdapat bahan bakar plastik dan getah yang tebal.

"Buat masa ini kami sedang berusaha menguraikan lapisan plastik yang terbakar supaya dapat dipadamkan dengan lebih terperinci.

"Air tidak dapat sampai ke setiap bahan yang terbakar itu disebabkan lapisan plastik terlindung," katanya.

Beliau berkata, siasatan mengenai punca kebakaran juga belum dapat dilakukan pasukan forensik kerana kebakaran masih berlaku.

Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.40 petang Ahad lalu dan turut membantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, BBP Rawang, BBP Batu Arang, BBP Selayang dan BBP Bestari Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 5:03 PM