Stor yang musnah dalam kebakaran di Batang Kali pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
Stor yang musnah dalam kebakaran di Batang Kali pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Stor mesin dan peralatan sebuah kilang pembuatan gula di Kawasan Perindustrian Nior, Batang Kali, di sini, musnah dalam kebakaran 10 pagi tadi.

Kebakaran mengakibatkan kemusnahan hampir 30 peratus di bahagian belakang kabin yang dijadikan stor berkeluasan 12 meter persegi musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.09 pagi dan tiba lima minit kemudian.

"Seramai 22 orang pegawai bomba bersama dua jentera dibantu BBP Rawang berusaha memadam kebakaran.

"Api dapat dikawal jam 10.25 pagi dan dipadam sepenuhnya jam 11.15 pagi," katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 6:07 PM