Lelaki tanpa identiti ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher dan tangan kiri. FOTO ihsan polis
Lelaki tanpa identiti ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher dan tangan kiri. FOTO ihsan polis
Mohd Rizal Abdullah


LELAKI tanpa identiti ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher dan lengan kiri di bilik sebuah hotel bajet di Jalan Keppel, Bintulu, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit berkata, kejadian disedari pekerja hotel apabila melihat seorang penyewa tergesa-gesa keluar dari hotel berkenaan.

Menurutnya, pekerja hotel itu kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui mangsa seterusnya menghubungi pihak polis.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui kerambit berhampiran mangsa," katanya.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagaimanapun tidak jelas namun usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 4:39 PM