Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra hadir menunaikan Solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi. FOTO FATHIL ASRI.
Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra hadir menunaikan Solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi. FOTO FATHIL ASRI.
Siti Nor Hidayatidayu Razali

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi Kota Bharu, hari ini.

Baginda tiba pada 8.27 pagi turut diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir sembahyang sunat, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Rizam Tengku Aziz dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan.

Lebih 5,000 rakyat Kelantan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Solat diimamkan oleh Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohamad Hanafizi Abdullah dan khutbah disampaikan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 12:21 PM