KETUA Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia, Md Ghani Ibrahim (tengah) bersama ibu tungal  membuat kuih raya pada program  Planting Tomorrow di Balai Raya, Kampung Bukit Raya, Hulu Langat.
KETUA Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia, Md Ghani Ibrahim (tengah) bersama ibu tungal membuat kuih raya pada program Planting Tomorrow di Balai Raya, Kampung Bukit Raya, Hulu Langat.

Hulu Langat: “Latihan membuat biskut dan roti yang diberikan membolehkan saya memperoleh pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan seharian,” kata ibu tunggal empat anak, Salbiah Mohamed Ismail, 49.

Beliau yang mempunyai empat anak berusia lima hingga 17 tahun berkata, dia kini mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM1,000 sebulan hasil jualan biskut dan roti yang dibuat bersama rakan lain menerusi program Planting Tomorrow oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dengan kerjasama Yayasan Salam.

“Selama dua tahun saya berkorban mencari rezeki untuk membesarkan anak bersendirian sehinggalah ada sebuah pergerakan wanita memaklumkan ada peluang untuk menambah kemahiran membuat biskut,” katanya ketika ditemui di pusat latihan program itu di sini, semalam.

Planting Tomorrow adalah inisiatif Petronas Gas Berhad (PGB), anak syarikat Petronas sebagai pelaburan sosial korporat (CSI) dalam membantu wanita terutama ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan membina latihan kemahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 7:06 AM