KEADAAN motosikal mangsa.
KEADAAN motosikal mangsa.
Rosliza Mohamed


PELAJAR tingkatan tiga maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Kemumin, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Mangsa, Mohammad Irfan Ibrahim Fikri, 15, parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian pada 10.45 malam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Daerah Kota Bharu, Asisten Superintendan Hamizon Che Harun berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal hilang kawalan dan bertembung dengan kereta dari arah Kota Bharu menghala ke Kemumin.

"Mangsa tercampak dan mengalami kecederaan serius di kepala, maut serta merta.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat," katanya, hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 62 tahun hanya cedera ringan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 2:16 PM