PESERTA membaca al-Quran pada majlis penutup Khatam Tadarus Al-Quran Perdana anjuran Parlimen Bagan Datuk. FOTO Abdullah Yusof
PESERTA membaca al-Quran pada majlis penutup Khatam Tadarus Al-Quran Perdana anjuran Parlimen Bagan Datuk. FOTO Abdullah Yusof
Wan Asrudi Wan Hasan

UMAT Islam di negara ini disarankan supaya tidak hanya membaca al-Quran ketika Ramadan sahaja sebaliknya dibaca dan dihayati kandungannya sepanjang masa

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, membaca dan menghayati kandungan al-Quran harus menjadi amalan seisi keluarga kerana kitab itu adalah panduan kehidupan yang tidak pernah berubah sejak ia diwahyukan sehingga sekarang.

"Bukan hanya membaca al-Quran tetapi kita sebagai orang Islam harus menghayati kandungannya, bukan hanya memahami tafsirnya tetapi memahami 'asbabun nuzul' (sebab sesuatu ayat al-Quran diturunkan)," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika merasmikan penutupan Tadarus al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1432H/2017M Kawasan Parlimen Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, hari ini.

AHMAD Zahid (dua kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada orang ramai di majlis Tadarus al-Quran Perdana Kawasan Parlimen Bagan Datuk. FOTO Abdullah Yusof

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya turut menyertai majlis khatam al-Quran yang diadakan itu.

Seramai 1,423 penduduk pelbagai peringkat usia sekitar Parlimen Bagan Datuk menyertai program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 5:53 PM