Keadaan pondok kediaman pelarian Rohingya yang terjejas akibat taufan Mora di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS
Keadaan pondok kediaman pelarian Rohingya yang terjejas akibat taufan Mora di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS
Yusmizal Dolah Aling


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan dua pakej makanan untuk saudara Muslim sempena Ramadan dan membantu mangsa Taufan Mora di Myanmar dan Bangladesh.

Naib Presiden MAPIM Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, keadaan sebelum ini tidak banyak berubah malah diburukkan lagi dengan taufan Mora yang melanda dan antara lokasi paling teruk, kem menempatkan 300,000 etnik Rohingya.

Justeru katanya, MAPIM melancarkan Pakej Makanan Ramadan Selamatkan Rohingya dan memohon sumbangan RM100 (AS$23) untuk setiap pakej yang boleh dinikmati satu keluarga dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya sebulan.

Selain itu katanya, MAPIM juga prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan di negara ini dan tampil dengan pakej dikenali sebagai Dhu’afa Care untuk membantu petani dan penoreh getah di beberapa kawasan.

"Bagi pakej ini, kita buka kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan RM80 (AS$18) untuk kita beli barangan keperluan dan hantar kepada penerima," katanya yang akan mengetuai delegasi MAPIM ke Myanmar dan Bangladesh, 15 Jun ini.

Sumbangan boleh diberikan menerusi akaun Bank Islam Rohingya Humanitarian Fund- MAPIM (02020010072272) dan Maybank Baitul Rahmah - MAPIM (552095224432).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 1:28 PM