TETAMU menjamu selera dalam suasana tradisional sepanjang majlis perkahwinan berlangsung di pusat karaoke keluarga, Diva Karaoke, Taman Suria, Johor Bahru.
TETAMU menjamu selera dalam suasana tradisional sepanjang majlis perkahwinan berlangsung di pusat karaoke keluarga, Diva Karaoke, Taman Suria, Johor Bahru.

Johor Bahru: Pusat karaoke keluarga, Diva Karaoke, Taman Suria bukan saja pilihan bagi warga bandar raya ini untuk melepaskan lelah seharian bekerja dengan bersantai bersama keluarga atau kenalan, malah sentiasa mencari kelainan dan keunikan bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung.

Melalui kemudahan dan ruang yang ada, Diva Karaoke Taman Suria mampu menerima permintaan untuk menganjurkan pelbagai majlis keraian dan keramaian seperti majlis makan malam, sambutan hari jadi dan majlis perkahwinan.

Baru-baru ini, pusat karaoke berkenaan menganjurkan majlis perkahwinan dua pekerjanya iaitu Maizatun Aliah Zailani dan Muhammad Daniel Ismail, 20-an, yang bertemu jodoh ketika bertugas.

Kemeriahan majlis perkahwinan yang bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam itu sama seperti majlis yang dianjurkan di dewan hotel mahupun di pekarangan rumah seperti kebiasaan dilakukan oleh masyarakat.

Buat julung kalinya, Diva Karaoke Taman Suria menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran dan dihadiri 500 tetamu bagi meraikan kedua-dua mempelai.

Pengurusnya Mohamad Rafie Asaral berkata, pusat karaoke itu bukan semata-mata lokasi untuk berkaraoke, malah dibuka untuk pelanggan yang mahu mengadakan majlis keramaian.

“Kami membuat kelainan dengan membuka ruang lobi yang mampu memuatkan 200 tetamu pada satu-satu masa. Ini julung kali majlis perkahwinan diadakan di sini.

“Selain majlis perkahwinan, tetamu
juga boleh membuat persembahan di pentas
di ruang legar. Ia sesuai untuk program lain seperti pertandingan nyanyian, pertemuan semula dan sebagainya dengan kadar sewaan termasuk pentas berjumlah RM500,” katanya.

Untuk pertanyaan bolehlah menghubungi talian 07-3381826
atau layari laman web www.diva.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2017 @ 3:31 AM