GULAI kawah daging umbut pisang dan gulai kawah kambing kurma yang dijual di gerai Gulai Kawah Pintu Gerbang di bazar Ramadan Medan Gopeng Ipoh. FOTO L Manimaran
GULAI kawah daging umbut pisang dan gulai kawah kambing kurma yang dijual di gerai Gulai Kawah Pintu Gerbang di bazar Ramadan Medan Gopeng Ipoh. FOTO L Manimaran
Balqis Jazimah Zahari


ANTARA juadah berbuka puasa menarik dijual di bazar Medan Gopeng, Ipoh pada Ramadan kali ini adalah gulai kawah daging umbut pisang dan gulai kawah kambing masak kurma resepi tradisi.

Juadah jualan di gerai Gulai Kawah Pintu Gerbang itu adalah menu tradisi dari Gerik, Perak yang mampu untuk memberi rasa 'terangkat' dengan aroma rempah asli kepada pengunjung.

Pemilik gerai, Mohd Faizul Abdul Wahab, 46, berkata dia bersama dua adiknya, Mohd Shahril, 40 dan Mohd Fadzir, 34, pada hari pertama Ramadan ini mereka menghasilkan gulai kawah membabitkan 20 kilogram (kg) daging dan 20 kg serta menyasarkan mampu menjual lebih 200 bungkus.

KUIH Sri Kandus antara juadah unik yang bileh ditemui di bazar Ramadan Medang Gopeng, Ipoh. FOTO L Manimaran
KUIH Sri Kandus antara juadah unik yang bileh ditemui di bazar Ramadan Medang Gopeng, Ipoh. FOTO L Manimaran

"Gulai kawah daging umbut pisang dijual dengan harga RM8 bagi gulai kawah kambing masak kurma pula RM10 sebungkus," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Medan Gopeng, Ipoh hari ini.

Satu lagi juadah istimewa yang boleh diperoleh di bazar yang memang menjadi tumpuan ramai di bandar raya ini setiap Ramadan adalah kuih Sri Kandus.

Peniaga, Sarimah Mohd Rashid, 47, berkata dia sudah 21 tahun menjual kuih Sri Kandus di bazar berkenaan.

"Dulu kuih ini dikandar oleh penduduk untuk dijual di sekeliling kampung.

"Kami hanya berniaga kuih ini ketika bualan puasa sahaja dan kebiasaannya kuih habis terjual lebih 1,200 biji sehari," katanya

Menurutnya, dia menggunakan 20 kg tepung sehari untuk membuat kuih Sri Kandus yang dijual dengan harga RM3 untuk lima biji dan mempunyai empat jenis inti iaitu kaya, jagung, kacang dan nenas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 6:34 PM