KERATAN laporan berkaitan kes berkenaan. FAIL HM Digital
KERATAN laporan berkaitan kes berkenaan. FAIL HM Digital
Siti A'isyah Sukaimi


SEPULUH individu termasuk dua Ketua Polis Daerah yang ditahan reman berhubung kegiatan rasuah di Melaka, dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Dua ketua polis berjawatan Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 setiap seorang, semalam.

Selain itu, dua Asisten Superintendan, dua Inspektor dan Koperal turut dibebaskan dengan syarat yang sama.

Mereka dibebaskan selepas Majistret Muhamad Safuan Azhar membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini, tiga orang awam turut dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Majistret Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tiga individu terbabit dibebaskan.

Pada 17 Mei lalu, sembilan individu membabitkan dua Ketua Polis Daerah, empat pegawai polis dan tiga awam ditahan reman enam hari sehingga 22 Mei.

Reman ke atas mereka kemudiannya disambung lima hari sehingga hari ini.

Mereka direman untuk membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Sehingga ini, tiga individu masih direman oleh SPRM membabitkan pegawai polis berjawatan Asisten Superintendan dan Deputi Superintendan selain seorang orang awam.

Berita berkaitan

Ketua Polis Daerah pula ditahan SPRM

Reman dilanjutkan lima hari [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 1:07 PM