LELAKI bergelar Datuk Seri dibawa keluar selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
LELAKI bergelar Datuk Seri dibawa keluar selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Lelaki bergelar Datuk Seri yang sebelum ini ditahan reman dibebaskan hari ini dengan jaminan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki yang juga pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM300,000.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki terbabit ditahan reman seminggu bermula 16 Ogos lalu dan tempoh tahanan remannya kemudian dilanjutkan lima hari.

Penahanan reman sebelum ini adalah bagi siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada masa sama, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang sebelum ini ditahan reman bagi siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM500,000 dibebas dengan jaminan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim membenarkan lelaki berusia 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki terbabit ditahan reman selama lima hari bagi siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Individu itu dikatakan terbabit dalam perniagaan pembalakan dan ditahan SPRM di rumahnya di Bukit Jalil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 12:38 PM