Siti A'isyah Sukaimi

TEMPOH reman sembilan individu termasuk dua Ketua Polis Daerah berhubung kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka dilanjutkan lima hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 27 Mei ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Mereka yang ditahan membabitkan dua Ketua Polis Daerah masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan, dua polis berpangkat Asisten Superintendan, dua polis berpangkat Inspektor serta tiga orang awam.

Suspek sebelum ini ditahan reman enam hari bermula 17 Mei lalu serta tamat pada hari ini.

Terdahulu, semua suspek tiba di perkarangan mahkamah 9.23 pagi dengan memakai baju lokap warna jingga serta tangan bergari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 12:39 PM
Dua Ketua Polis Daerah, empat pegawai polis serta tiga orang awam dibawa ke Mahkamah Majistret, Putrajaya untuk disambung reman bagi membantu siasatan berhubung mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sekitar Melaka. FOTO Mohd Fadli Hamzah