Alias bersyukur anaknya selamat. FOTO  Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Alias bersyukur anaknya selamat. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Mohd Fauzi Abdullah dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

BAPA kepada seorang kru sembilan anak kapal KD Perdana, Laskar Kanan I TMK Faisal Iskandar Alias, Alias Abdullah,64, melahirkan rasa syukur dengan kepulangan anak mereka dalam keadaan selamat.

Katanya, dia mengetahui mengenai kehilangan sembilan kru bot Tim Menggeledah pada pagi Ahad dan mula bimbang apabila memikirkan nasib anaknya yang turut sama dalam operasi itu.

"Kami berdoa supaya dia selamat dan tidak ditimpa musibah. Dalam masa sama kami yakin dia mampu bertahan kerana dia sudah biasa ke laut.

"Syukur apabila kami sekeluarga dimaklumlan jam 8 malam tadi yang mereka semua ditemui selamat di dalam bot itu," katanya ketika ditemui di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan, hari ini.

Pada 1.30 tengah hari, Sabtu lalu KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie selepas dikatakan melakukan pemeriksaan ke atas bot-bot nelayan yang mencerobohi perairan negara.

Operasi pencarian dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam semalam di perairan Sedili, Johor sebelim ditemui selamat di 87 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan.

Pegawai dan lapan Laskar Kanan yang berada dalam bot Tim Menggeledah ialah Leftenan Mohd Hidir Yusof, LK KOM Mohd Zaidi Rahim, LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian, LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi, LK KOM Mohd Akmalnizam Amdan, LK KOM Suhaimi Shamsudin, Faisal Iskandar, LK I TMK Mohd Fitri Ab Melek dan LK I TMK Zulhusni Sherhutdin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 11:19 AM