PEGAWAI dan anggota TLDM mengusung keranda jenazah Muhammad Arif sebelum diterbangkan ke Melaka menggunakan pesawat C130H milik TUDM. FOTO Yun Mikail
PEGAWAI dan anggota TLDM mengusung keranda jenazah Muhammad Arif sebelum diterbangkan ke Melaka menggunakan pesawat C130H milik TUDM. FOTO Yun Mikail
Yun Mikail


JENAZAH dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ranau-Kota Kinabalu, Selasa lalu diterbangkan ke kampung halaman masing-masing, hari ini.

Jenazah Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris, 26, dibawa menaiki pesawat C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 9.45 pagi hari ini.

Jenazah Mohamad Firdaus yang dihantar ke Johor diiringi Leftenan Rahim Ghozi manakala jenazah Muhammad Arif diiringi Leftenan Muhammad Shahirul Amir Ahmad Shukri ke Melaka.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35, dibawa menaiki helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8.05 pagi.

Jenazah diiringi Laskar Kanan 1 PAP Mohamad Hafiz Md Nor dan dijangka tiba di Semporna pada 9.35 pagi.

Semua proses bedah siasat bagi ketiga-tiga jenazah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), 2 petang, semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, semua mangsa yang terkorban adalah anggota Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan.

Turut cedera seorang lagi anggota, Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel, 24, dari Sarawak.

Berita berkaitan:

  • 'Cuba kejut rakan tapi tak bangun'
  • Bau wangi seluruh rumah sebelum tahu suami meninggal dunia
  • Anggota TLDM rancang kahwin Disember ini
  • Satu kehilangan besar - Ismail Sabri
  • Siasat sama ada masalah kenderaan atau sebaliknya
  • Punca kemalangan masih disiasat
  • 3 anggota TLDM maut kemalangan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 10:39 AM