SAFURA melihat sijil Nurul Natasha pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson.
SAFURA melihat sijil Nurul Natasha pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson.
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: “Saya tidak menghalang anak kalau dia mahu menuruti langkah saya menjadi artis. Namun yang pasti dia akan membantu saya mengembangkan perniagaan produk makanan sejak beberapa tahun lalu,” kata pelakon dan penyanyi Safura Yaacob, 44, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson, semalam.

Menurutnya, anak sulungnya itu, Nurul Natasha Abdul Rani, 22, berjaya menggenggam Diploma Pemasaran dan turut cemerlang meraih Anugerah Jabatan.

“Saya mengusahakan produk Sambal Ikan Masin dan Bilis Crunchy. Alhamdulillah, produk buatan sendiri mendapat sambutan menggalakkan.

“Selepas ini Nurul akan membantu saya berniaga, tetapi tidak menghalang kalau dia berminat dalam bidang seni namun saya tak fikir kerana dia seorang pemalu,” katanya.

Katanya, dia kerap menerima tempahan dikalangan artis dan selalu menghantar produknya ke lokasi penggambaran terutama di sekitar Kuala Lumpur.

“Sudah lama saya tidak berlakon dan masa terluang saya isi dengan mengembangkan perniagaan produk makanan ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 4:07 AM