Nabihah Kamal

 

 

 

KES wanita pekerja restoran ditampar berkali-kali di Bandar Sungai Long, Kajang, 6 Mei lalu yang tular di laman sosial sejak semalam kini dalam siasatan polis.

 Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa ditampar oleh dua lelaki yang juga majikannya.

 "Wanita itu ditampar di muka dan salah seorang majikan yang menamparnya adalah saudaranya," katanya.

 Menurut Othman, kejadian itu berlaku kerana mangsa dikatakan tidak mengikut arahan majikan ketika bekerja.

"Dia dirawat di Hospital Kajang dan tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya.

 Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 10:25 PM
Sebahagian video tular kes wanita pekerja restoran ditampar berkali-kali di Bandar Sungai Long, Kajang, 6 Mei lalu
Sebahagian video tular kes wanita pekerja restoran ditampar berkali-kali di Bandar Sungai Long, Kajang, 6 Mei lalu