myMetro

Kuala Lumpur: Minat sama terhadap bola sepak dan cita-cita menjadi jurutera mekanikal adalah tanda keakraban kembar seiras berusia 18 tahun, Lavhan Reveendran dan Kusan Reveendran yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Lebih manis, kembar terbabit yang juga pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah memperoleh keputusan 9A (5A+ dan 4A).

Ketika ditemui selepas nama mereka diumumkan sebagai antara pelajar cemerlang, Lavhan berkata, dia tidak menjangka mendapat keputusan sama dengan Kusan kerana adiknya biasa mendapat lebih baik daripadanya.

“Saya dan adik kembar memang sentiasa bersaing, tetapi setiap kali peperiksaan, keputusan adik lebih bagus. Kejayaan ini membuktikan kami dapat mengikut jejak langkah kakak yang pernah mendapat keputusan cemerlang,” katanya selepas pengumuman SPM 2016 di Pejabat Jabatan Pendidikan WPKL, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 10:40 AM
IBU bapa  Lavhan (dua dari kiri) dan Kusan meraikan kejayaan anak selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016, semalam.
IBU bapa Lavhan (dua dari kiri) dan Kusan meraikan kejayaan anak selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016, semalam.