Mesyuarat Agung Khas Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) dibatalkan selepas sekumpulan pemandu teksi mengadakan bantahan.
Mesyuarat Agung Khas Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) dibatalkan selepas sekumpulan pemandu teksi mengadakan bantahan.

Subang Jaya: Pendapatan pemandu teksi di sekitar Lembah Klang didakwa merosot sehingga 70 peratus yang berkemungkinan memaksa mereka menukar kerjaya sebagai pemandu Uber atau GrabCar jika isu pengangkutan awam baru itu tidak diselesaikan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Se-Malaysia Zailani Isausuludin berkata, kebanyakan pemandu teksi sudah berputus asa dalam memperjuangkan nasib mereka yang semakin sukar mencari sumber pendapatan selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, sebarang perancangan oleh pihak berkaitan untuk menjalin kerjasama antara pemandu teksi dan pihak Uber atau GrabCar sebenarnya tidak menyelesaikan kemelut yang melanda mereka, malah ia menggambarkan duta kecil negara itu semakin terpinggir.

“Kami terpaksa pula menjalin kerjasama dengan pihak berkenaan semata-mata mahu mendapat sumber pendapatan lebih namun jika tidak berbuat demikian, pemandu teksi akan terus merana atau disisihkan.

“Sampai bila kami mampu bertahan dengan keadaan semakin terhimpit ini, mungkinkah perlu membuat bantahan secara besar-besaran atau mogok baru ada pihak tertentu mengambil perhatian,” katanya ketika ditemui, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 5:12 AM