IKAN sungai  menjadi pilihan orang ramai tatkala harga ikan laut meningkat.
IKAN sungai menjadi pilihan orang ramai tatkala harga ikan laut meningkat.

Kuantan: Penduduk di bandar ini lega apabila kebanyakan harga ikan laut menunjukkan penurunan semalam berbanding awal minggu lalu susulan musim tengkujuh yang melanda pantai timur khususnya Pahang.

Tinjauan di beberapa kedai runcit di Jalan Gambang, di sini, mendapati harga ikan seperti tenggiri, kembung dan selayang menunjukkan penurunan antara RM1 dan RM4 sekilogram.

Harga tenggiri yang dijual di sebuah kedai di Taman Guru, di sini, RM36 sekilogram berbanding sebelum ini RM40 sekilogram diikuti kembung RM14 (RM16) manakala selayang RM6 (RM7).

Suri rumah Hayuni Zakaria, 37, dari Bukit Setongkol, di sini, berkata, kenaikan harga ikan laut menyebabkan dia beralih kepada ayam dan daging kerana menganggap kenaikan itu sebagai mendadak.

“Disebabkan kenaikan harga ikan, saya beralih kepada menu ayam dan daging tetapi hari ini (semalam) dengan penurunan harga membolehkan menu ikan kembali menjadi hidangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 5:21 AM