ANGGOTA APM memberikan rawatan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.
ANGGOTA APM memberikan rawatan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.
Nadzreen Shah Mat Salim


Kuala Lumpur: Seorang lelaki menahan azab lebih 15 minit apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta rosak di laluan kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan, di sini.

Dalam kejadian jam 4.55 petang kelmarin, mangsa, Ruzaidi Musatafa, 27, yang menunggang bersendirian dari arah pusat bandar menuju ke Seremban dipercayai tidak sempat mengelak kereta terbabit sebelum terjatuh sebaik menghampiri Plaza Tol Sungai Besi, di sini.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras, Baharizam Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5 petang sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik kami tiba di lokasi, kami mendapati seorang lelaki ditemui dalam keadaan terduduk kesakitan,” katanya.

Menurutnya, saksi kejadian mendakwa melihat mangsa merempuh kereta yang diletakkan di kiri jalan itu.

“Beberapa penunggang lain turut memberhentikan motosikal bagi membantu mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 10:06 AM