CHE Nah  menunjukkan orkid    yang  memenangi pertandingan   pada Pameran  MAHA  2016.
CHE Nah menunjukkan orkid yang memenangi pertandingan pada Pameran MAHA 2016.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Serdang: “Saya tidak sangka pokok ini memberi rezeki kepada saya dan sering memenangi banyak pertandingan,” kata pemenang keseluruhan tempat pertama Pertandingan Orkid Sempena MAHA 2016, Che Nah Che Awang, 67.

Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM2,000 selain memenangi dua kategori lain iaitu tempat pertama bagi kelas Orkid Vanda dengan hadiah RM120 dan terbaik dalam seksyen Orkid Vanda (RM200).

Katanya, Orkid Kacukan Vanda adalah hasil kacukan di antara Orkid Kassim Delight dengan Vanda Heartrob yang dibeli di Bangkok, Thailand, 10 tahun lalu.

“Orkid Kacukan Vanda adalah spesies orkid yang sukar ditemui dan mempunyai beberapa ciri menarik yang tidak ada pada jenis orkid lain

“Pokok ini mempunyai warna bunga unik iaitu dua ton warna ungu tua dan merah jambu. Warna bunga sekata dan seakan bentuk bulat penuh.

“Saiz bunga juga besar lebih lima 50 sentimeter dan batang yang pendek,” katanya.

Pertandingan anjuran Jabatan Pertanian dengan kerjasama Persatuan Anggerik Selangor dan Wilayah Persekutuan di adakan di Dewan A, Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Menurutnya, keistimewaan lain tumbuhan itu ialah tiga bulan sekali mengeluarkan bunga di antara lapan sehingga 10 kuntum dalam tempoh panjang sehingga 30 hari.

“Harga semasa pokok itu mencecah RM2,000 dan boleh melambung tinggi jika usianya lebih lama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 9:55 AM