BOT berhias dari PPj antara terbabit dalam perarakan.
BOT berhias dari PPj antara terbabit dalam perarakan.

Putrajaya: Berlangsung dalam suasana retro, tirai edisi keenam perarakan bot berhias, Magic of The Night 2016 (MOTN 2016) dibuka malam tadi dengan menampilkan perarakan 14 bot dari pelbagai negeri dan agensi.

Seperti mana penganjuran tahun sebelumnya, Pesisiran Tasik Putrajaya di Anjung Floria, di sini sekali lagi bermandikan limpahan cahaya.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dilangsungkan serentak dengan penganjuran Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2016 yang mula dibuka kepada pengunjung sejak pagi semalam.

Pelancaran MOTN 2016 disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kira-kira jam 9 malam dengan ledakan bunga api sebagai gimik pembukaan acara.

Sepanjang sembilan hari perarakan bot berkenaan, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan bot yang dihiasi dengan ikon pelancongan Malaysia dalam suasana retro.

Perarakan bot berhias kali ini disertai oleh 12 negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang selain penyertaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Tourism Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 7:10 AM