MD Yunos  (kanan) meluangkan masa melawat  tapak projek Rumah Hijau Rama-Rama di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.
MD Yunos (kanan) meluangkan masa melawat tapak projek Rumah Hijau Rama-Rama di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.
myMetro

Melaka: Bagi memupuk minat dan mendidik murid mengenai keunikan kitaran hidup rama-rama, pengurusan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRM) menganjurkan Projek Rumah Hijau Rama-Rama di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Keroh.

Rumah hijau yang diletakkan selama dua bulan di sekolah itu akan memberi pendedahan kepada murid mengenai keunikan metamorfosis rama-rama daripada telur, larva, kepompong sehingga menjadi rama-rama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin berkata, projek berkenaan adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mengutamakan teknologi hijau.

“Projek ini julung kali diadakan di negeri ini, ia berfaedah kerana boleh memberi banyak maklumat berguna kepada kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun.

“Pada usia seawal itu, kita boleh didik dan biasakan kanak-kanak dengan rama-rama, ia akan menimbulkan minat yang mampu bertahan untuk tempoh lama,” katanya,

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 7:27 AM