AVINESH (kiri) bersama lima rakan yang turut menyertai pertandingan.
AVINESH (kiri) bersama lima rakan yang turut menyertai pertandingan.

Penyertaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai, K Avinesh, 12, di The First International Youth Robot Competition (IYRC) di Chiongqing, China mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila meraih pingat emas kategori individu bulan lalu.

Bakat pengaturcaraan robot dimiliki Avinesh melayakkan dirinya memenangi kategori ‘Coding Mission -A’ dalam pertandingan pada 26 Januari hingga 28 Januari lalu.

Dia berkata, menyedari hobinya, bapa, D Kannan, 38, menggalakkannya menyertai kelas robotik di My- Robot, Robotics Learning Centre di Kulai sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia berpeluang menyertai beberapa pertandingan dan menerima persaingan daripada peserta di seluruh negeri, negara dan beberapa kumpulan peserta antarabangsa.

“Tidak sangka, saya dan lima rakan terpilih menyertai beberapa kategori pertandingan di IYRC anjuran International Youth Robot Association dan ia menjadi pengalaman berharga.

“Ketika bertanding, kami berdepan persaingan peserta dari 10 negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:09 AM