WAN  Zawiah Wan Ishak dipimpin anaknya, Bazuki menyiram air di pusara arwah Muhammad Daud.
WAN Zawiah Wan Ishak dipimpin anaknya, Bazuki menyiram air di pusara arwah Muhammad Daud.

Kota Bharu: Bapa kepada Penasihat Khas Jabatan Fotografi, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bazuki Muhammad meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, pada jam 11.20 malam kelmarin.

Allahyarham Muhammad Daud, 81, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya di Taman Guru, di sini.

Menurut anak ketiga arwah, Khushairi Muhammad, 47, pada Isnin lalu, bapanya dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini selepas terjatuh dalam bilik air.

“Arwah ayah ketika itu hendak bersiap bagi menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan rumah. Dalam keadaan separuh sedar itu, dia sempat memanggil ibu untuk bantuan dan terus dibawa ke HRPZ II.

“Namun, pakar neurologi memberitahu berlaku pendarahan dalam otaknya dan keadaannya tenat, menyebabkan kami sekeluarga sepakat membawanya pulang ke rumah.

“Tepat jam 11.20 malam semalam (kelmarin) ayah menghembuskan nafas terakhir di sisi kami semua,” katanya, semalam.

Jenazah dikafan dan sembahyangkan di Masjid Mukim Taman Guru, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Guru, jam 12 tengah hari semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:13 AM