BADDROL bersama isteri Nur Izyan di majlis perkahwinan mereka di Taman Desa Indah.
BADDROL bersama isteri Nur Izyan di majlis perkahwinan mereka di Taman Desa Indah.

Sungai Petani: Majlis perkahwinan pemain tengah Harimau Malaya dan Kedah Baddrol Bakhtiar, 27, yang diadakan di Taman Desa Indah, di sini, meriah apabila dihadiri kira-kira 3,000 tetamu semalam.

Malah, majlis perkahwinan bersama pasangannya Nur Izyan Mustafa Khalid, 27, turut diserikan dengan kehadiran Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut hadir menyerikan majlis terbabit jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe dan ahli pasukan bola sepak Kedah.

Baddrol atau dikenali sebagai Bad dan pasangannya mengenakan persalinan pengantin rona oren dalam majlis yang bertemakan Melayu moden itu.

Bad ketika ditemui berterima kasih dengan kehadiran tetamu dan menganggap majlis berkenaan sebagai majlis meraikan perkahwinannya bersama peminat bola sepak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 8:57 AM