ROSLINDA dan Deneshkumar (kanan) tidak mengaku salah atas pertuduhan di Mahkamah Sesyen, semalam.
ROSLINDA dan Deneshkumar (kanan) tidak mengaku salah atas pertuduhan di Mahkamah Sesyen, semalam.
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan menerima suapan daripada ahli perniagaan bergelar Datuk bagi melepaskan enam warga China daripada tahanan, Jun lalu.

Koperal Roslinda Hamid, 48, berdepan dua pertuduhan manakala Lans Koperal Detektif J Deneshkumar, 27, dan Sarjan Mejar Detektif Wong Shim Kuang, 57, masing-masing didakwa atas satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, Roslinda yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Klang Utara didakwa memperoleh suapan RM12,000 daripada Datuk Ng Tong Chun untuk dirinya melalui Deneshkumar dan Wong.

Ia sebagai upah bagi melepaskan enam warga China yang ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Roslinda didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Jun lalu pada jam 2.10 petang di kawasan parkir Restoran Taman Rashna, Klang.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 9:44 AM