jurugambar mencari sudut menarik untuk mengambil gambar telur ayam berdiri  pada majlis perasmian Taman Khatulistiwa dan Hari Tanpa Bayang-bayang di Tugu Khatulistiwa, Pontianak.
jurugambar mencari sudut menarik untuk mengambil gambar telur ayam berdiri pada majlis perasmian Taman Khatulistiwa dan Hari Tanpa Bayang-bayang di Tugu Khatulistiwa, Pontianak.
 Sebahagian tetamu cuba  menegakkan telur ayam   di lantai.
Sebahagian tetamu cuba menegakkan telur ayam di lantai.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Pontianak (Indonesia): Mungkin ramai tidak mengetahui bandar Pontianak di Kalimantan Barat, Indonesia akan mengalami fenomena hari tanpa bayang-bayang yang berlaku dua kali setahun pada setiap September.

Fenomena itu yang juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks berlaku apabila matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.

Ketika itu, matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengah hari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang jika berdiri di tengah panas berkenaan.

Wakil Balai Pengamatan Dirgantara LAPAN Pontianak Nata Mihardja berkata, bandar Pontianak menjadi tumpuan pelancong pada 21 hingga 23 Mac dan 21 hingga 23 September setiap tahun untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu.

Menurutnya, mereka meraikannya melalui sambutan Festival Kulminasi Matahari yang akan berlangsung dua kali setahun di Tugu Khatulistiwa terletak di bandar itu.

“Pelbagai kegiatan kesenian dan kebudayaan diadakan ketika festival berlangsung bagi meraikan detik bersejarah itu apabila matahari tegak di atas kepala tanpa bayang-bayang.

“Tepat jam 11.30 waktu Indonesia Barat, penduduk kota bersama pemimpin masyarakat berkumpul atas pentas khas bagi menantikan detik kedudukan matahari tepat di garisan kosong,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 5:12 AM