Kuala Terengganu: Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (PERHILITAN) menawarkan lesen menangkap dan memelihara burung tiong mas bermula sejak 1 Julai lalu hingga 31 Disember ini.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, ini bagi membolehkan orang ramai yang berminat mendapatkan lesen menangkap dan memelihara burung yang terkenal dengan kelebihan mengajuk percakapan manusia itu tetapi dilindungi di bawah Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 berbuat demikian.

“Lesen menangkap dan memelihara burung berkenaan hanya dibuka sekali setahun mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

“Ketika ini, lesen menangkap dan memelihara burung itu masih ditawarkan,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:09 AM