Sekumpulan nelayan yang pulang dari laut digemparkan dengan penemuan mayat tanpa kepala dan kaki terapung enam batu nautika dari Perairan Sabak Bernam, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam Abdul Nasir Jalil berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tertiarap.

Menurutnya, mayat yang ditemui itu sukar dikenal pasti jantina kerana anggota badan sudah mereput dipercayai terapung di laut untuk tempoh yang lama.

Abdul Nasir berkata, nelayan terbabit kemudian menarik mayat itu menggunakan tali pukat sehingga ke Kunci Air Pantai Sekendi, di sini, sebelum menghubungi bomba untuk menarik ke darat.

“Kami menerima panggilan daripada seorang nelayan jam 10.20 pagi semalam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:53 AM