PEMBUNUHAN kejam Kevin mengejutkan negara.
PEMBUNUHAN kejam Kevin mengejutkan negara.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Jabatan Peguam Negara tidak akan gentar dengan perbuatan pengecut dan ugutan terhadap mana-mana pegawainya, malah kedaulatan undang-undang tidak akan dibenarkan terjejas sekiranya Malaysia ingin menegakkan demokrasi berparlimen.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan dikeluarkan di sini berkata, pihaknya menggesa polis menyiasat dengan teliti bagi membolehkan penjenayah yang terbabit dalam penculikan dan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais didakwa.

Menurutnya, jabatan mahu keadilan ditegakkan dalam menyiasat kes berkenaan bagi membolehkan dalang penculikan dan pembunuhan ditemui serta didakwa.

“Morais seorang pegawai yang berkhidmat kepada negara dengan profesional dan dedikasi malah, mendiang boleh digambarkan sebagai pegawai yang ‘mendakwa tanpa rasa takut dan pilih kasih’ sepanjang kerjayanya.

“Beliau (Morais) akan sentiasa dikenang dan diingati jabatan dan rakannya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 9:50 AM