Contoh logo PDRM yang mempunyai lambang Allah dan Muhammad yang sebenar, tidak mempunyai lambang Allah dan Muhammad serta tanda bacaan pada kalimah Allah yang seakan lambang salib.
Contoh logo PDRM yang mempunyai lambang Allah dan Muhammad yang sebenar, tidak mempunyai lambang Allah dan Muhammad serta tanda bacaan pada kalimah Allah yang seakan lambang salib.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan mana-mana pihak yang ingin menggunakan logo polis tertera perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ supaya lebih berhati-hati memandangkan ada logo PDRM dengan sabdu (tanda bacaan) pada kalimah Allah menyerupai tanda salib.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak yang ingin menggunakan logo berkenaan dinasihatkan lebih berwaspada bagi memastikan logo pasukan keselamatan negara tidak mempunyai tanda bacaan yang boleh mencemar kesucian Islam.

“Kalimah Allah dan Muhammad pada logo PDRM melambangkan agama Islam dan sebagai menandakan PDRM sentiasa menjunjung kesucian Islam serta kebesaran Allah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, bagi menjaga dan memastikan kesucian Islam terpelihara, dua garis panduan ditetapkan dalam penggunaan lambang PDRM iaitu logo PDRM dengan kalimah Allah dan Muhammad hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda atau bahan yang diletakkan di tempat tinggi.

“Selain itu, logo PDRM yang tidak mempunyai kalimah Allah dan Muhammad dibenarkan dalam urusan pencetakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 5:29 AM