Selepas 18 hari koma akibat parah di kepala, pengayuh beca, Sulaiman Ali, 80, meninggal dunia jam 7.15 malam di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 11.15 pagi, 22 Ogos lalu, Sulaiman mengalami pendarahan di kepala dan patah tulang leher sebelum dikejarkan ke HSNZ.

Mangsa yang berasal dari Kampung Losong, cedera selepas dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang di atas Jambatan Sultan Mahmud.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menyertai rombongan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Jamuan Rakyat di Stadium Tertutup, Gong Badak.

Bagaimanapun, mangsa dirempuh sebuah motosikal Modenas Kriss ditunggang remaja berusia 16 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:06 AM