Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: “Dakwaan yang mengatakan negara di ambang muflis oleh segelintir pihak adalah tidak betul, palsu serta tidak berasas sama sekali,” tegas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurutnya, kedudukan ekonomi Malaysia masih kukuh cuma apa yang berlaku ialah kejatuhan harga minyak mentah dunia di mana pada tahun lalu berada di paras RM431 setong (AS$100).

“Pada tahun ini, harga minyak mentah dunia jatuh ke paras RM259 setong (AS$60) malah kadangkala ia berada di paras RM237 setong (AS$55),” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Bicara Mengenai Kepimpinan di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 10:35 AM