KEADAAN bot yang dinaiki empat sekeluarga selepas karam dipukul ombak.
KEADAAN bot yang dinaiki empat sekeluarga selepas karam dipukul ombak.
Oleh Norasikin Daineh

Tawau: Sebuah keluarga termasuk dua kanak-kanak bertarung nyawa selama sejam selepas bot dinaiki karam dipukul ombak dalam kejadian di perairan Bohey Dulang, Semporna, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, sepasang suami isteri berusia 30-an bersama dua anak lelaki mereka berusia tujuh dan 12 tahun selain seorang lelaki dewasa ditemui sedang berpaut pada bot yang terbalik.

Difahamkan, keluarga terbabit dalam perjalanan dari Pulau Bohey Dulang menuju ke Semporna sebelum cuaca bertukar buruk dan ombak kuat menghempas bot berkenaan sehingga terbalik.

Bagaimanapun mangsa sempat berpaut pada bot selama sejam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada jam 10.40 pagi memaklumkan kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:14 AM