Anor menunjukkan lokasi pelanggaran feri dengan tongkang, semalam. FOTO Norasikin Daineh
Anor menunjukkan lokasi pelanggaran feri dengan tongkang, semalam. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh

Tawau: Tongkang yang dipercayai berlanggar dengan feri membawa seramai 160 penumpang di perairan pekan Semporna, malam semalam, sehingga kini gagal dikesan.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata, pihaknya gagal mengesan tongkang terbabit yang dipercayai menjadi punca feri penumpang terbabit karam.

"Bagaimanapun, pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sedang berusaha mencari dan mengesan tongkang yang hilang itu," katanya dalam sidang media di pejabat APMM Tawau, hari ini.

Anor turut mengesahkan jumlah penumpang di dalam feri berkenaan tidak melebihi muatan dan semuanya mengikut jumlah yang ditetapkan.

“Jumlah penumpang yang menaiki feri terbabit tidak melebihi muatan dan feri itu juga turut menggunakan laluan yang dibenarkan menuju ke Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Semporna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:02 PM