Mohd Azman Syakir menerima rawatan di Wad Kanak-kanak di HTAR selepas terkena letupan mercun semalam.
Mohd Azman Syakir menerima rawatan di Wad Kanak-kanak di HTAR selepas terkena letupan mercun semalam.
Mohd Hasbi Sidek dan Ayusliza Azizan

Klang: “Kegembiraan menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini seakan-akan diragut apabila pergelangan tangan kiri anak saya hancur terkena mercun. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anak yang dikandung tidak lagi sempurna,” luah Rozeta Abdul Razak, 27.

Rozeta, ibu kepada Mohd Azman Syakir Mohd Saizi, 4, atau lebih mesra disapa Syakir yang juga mangsa pertama letupan mercun di negara ini pada Ramadan kali ini.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa dikatakan bermain mercun di rumahnya di Kampung Tanjung Sepat, Banting, sebelum mercun itu meletup dan mencederakan tangan kirinya.

Akibat kejadian itu, mangsa hilang pergelangan tangan kiri, selain jarinya hancur dan cedera di muka dan badan.

Sejurus kejadian diketahui keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) memandangkan pergelangan tangan kirinya cedera serius.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 9:11 AM