HAMBALI dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
HAMBALI dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang penyembelih ayam dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan bersubahat menyebabkan kematian seorang peraih emas, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Hambali Muhammad, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarik ditangkap 17 Oktober 2010.

Mengikut pertuduhan tertuduh bersama dua rakannya didakwa bersubahat menyebabkan kematian Tuan Faridah Tuan Losen, 62, di tepi kawasan semak Jalan Kampung Paloh Rawa, Machang pada jam 12.45 tengah hari, 22 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 304(a), Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:05 AM