Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan ada segelintir anggota penguat kuasa yang terbabit dengan aktiviti pemerdagangan manusia berikutan penemuan kubur pelarian Rohingya dan Bangladesh di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati aktiviti itu bukan saja membabitkan anggota penguat kuasa, malah turut didalangi penduduk tempatan.

“Kita syak ada sesetengah daripada anggota penguat kuasa terbabit dengan aktiviti ini, sebab itu kita bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan.

“Ia kerana Jabatan Perhutanan juga sepatutnya memantau dan mengawal kawasan sempadan hutan. Saya perlu berbincang perkara berkenaan dengan kementerian berkaitan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 8:14 AM