PEMINAT berpakaian karakter superhero. Gambar kecil,  Zaid.
PEMINAT berpakaian karakter superhero. Gambar kecil, Zaid.
TENGKU Adzuan Tengku Mahamad antara pengumpul karakter Ninja Turtle.
TENGKU Adzuan Tengku Mahamad antara pengumpul karakter Ninja Turtle.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Kuala Lumpur: Sambutan menggalakkan diterima penganjur Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 2 (CTFKL2) yang mengadakan pameran sambil beramal dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Kompleks Sukan Datuk Keramat, di sini, semalam.

Penganjur CTFKL2 Wan Muhamad Aznan Wan Azmi berkata, sambutan yang diterima melebihi sasaran kerana jumlah pengunjung yang hadir pada pameran itu seramai 8,000 orang.

“Kami gembira dengan kebanjiran orang ramai selain turut menyumbang kepada golongan tidak berkemampuan melalui bayaran masuk RM1 yang kami kenakan ke atas pengunjung.

“Kami belum menentukan ke mana sumbangan itu akan disalurkan sama ada kepada gelandangan atau anak yatim, tetapi yang pasti duit yang kami terima untuk tujuan amal,” katanya ketika ditemui di pameran itu, semalam.

Menurutnya, selain bayaran masuk, sebahagian keuntungan jualan daripada pengumpul dan penjual pada pameran itu turut disalurkan untuk tujuan amal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 10:01 AM