ANWAR
ANWAR
Oleh Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong berkuat kuasa 16 Mac lalu selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan menerima surat pemakluman keputusan petisyen berkenaan semalam.

Sehubungan itu kata beliau, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sebaik saja patisyen tersebut diputuskan pada tarikh itu.

“Petisyen pengampunan Yang Berhormat Permatang Pauh diputuskan pada 16 Mac 2015 hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap beliau hendaklah diteruskan.

“Surat pemberitahuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi terbabit sebaik saja kehilangan kelayakan itu berkuat kuasa mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 9:41 AM