Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Kemelut perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri ini bakal menemui ‘sinar’ apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bersetuju bertemu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam tempoh masa terdekat.

Pertemuan itu bertujuan bagi membincangkan lebih lanjut perjanjian terdahulu untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Mohamed Azmin berkata, keputusan itu dibuat berikutan Kerajaan Pusat bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian utama berdasarkan terma asal yang sudah ditandatangani sebelum ini.

“Pertikaian antara negeri dan Kerajaan Pusat terjadi apabila ada beberapa perkara baru dibawa mengakibatkan kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan perjanjian berkenaan.

“Kerajaan negeri kini menerima hitam putih (dokumen) daripada kementerian berkenaan yang bersetuju untuk berbalik semula kepada semangat perjanjian utama,” katanya pada program Sambutan hari Air Sedunia 2015 Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 9:11 AM