Khamarul menunjukkan pokok rerama yang ditanam di halaman rumah.
Khamarul menunjukkan pokok rerama yang ditanam di halaman rumah.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Saya tidak sangka ada pelanggan sampai sanggup buat laporan polis kerana hendak tahu alamat rumah saya untuk melihat sendiri pokok daun rerama. Malah, sejak cerita saya dikeluarkan Harian Metro, 10,000 orang telefon sehingga saya tidak dapat melayan kerana telefon berdering setiap saat.”

Itulah yang dilalui Khamarul Rezan Lim Abdullah, 58, selepas kisah penemuan daun rerama yang didakwa berkesan merawat barah, Sistem Lupus Erithematosus (SLE) dan penyakit lain berkaitan sel darah disiarkan muka hadapan Harian Metro 4 Februari lalu.

“Saya memahami masalah yang dihadapi pesakit, tetapi saya minta maaf kerana daun rerama kehabisan dan perlu menunggu tiga bulan lagi untuk pokok yang baru ditanam mengeluarkan daun.

“Sehingga ke hari ini saya menerima tempahan 16,000 peket daun rerama daripada pelanggan dan menghubungi mereka selepas memperoleh daun berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Mengulas lanjut Khamarul mendakwa, selain membuat laporan polis untuk mengetahui alamat rumahnya, ada juga pelanggan yang menelefonnya cuba menawarkan harga yang lebih tinggi untuk membeli daun rerama iaitu RM100 sepeket 10 gram sedangkan harga yang dijual ialah RM30.

“Tetapi saya bukan seorang yang tamak dan harga yang dijual tetap RM30 kerana saya tahu bukan semua pesakit mampu membayar harga mahal mengubati sakit mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 9:39 AM