Yusmizal Dolah Aling dan Naqiukamil Abdullah

Kuala Lumpur: Pendekatan bersahaja, mudah mesra dan tidak terlalu formal digunakan pendakwah radikal dan ektremis untuk menarik orang ramai mengikuti pengajian di pusat tertentu sebelum doktrin ‘jihad’ disebarkan secara halus serta terancang.

Ia bukan saja menyebabkan mereka akan percaya dengan keperluan untuk ‘berhijrah’, malah sanggup mengasingkan diri daripada ahli keluarga termasuk suami dan anak-anak untuk mengikut orang lain yang lebih ‘berpengetahuan agama’.

Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zin Al Ghari berkata, ia adalah modus operandi terbaru yang digunakan pendakwah ekstremis di negara ini untuk melahirkan pengikut berjiwa jihad dan sanggup berperang.

Katanya, doktrin itu dikesan disebarkan secara lokal, iaitu dalam konteks Malaysia dan kumpulan ini secara terang-terangan menolak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara kita ketika ini.

“Secara perlahan-lahan, mereka ini datang dengan pakej lengkap sebagai pendakwah moden. Kemudian, bila sudah menemui sasaran, mereka masukkan dakyah radikal ini dan dalam masa singkat seseorang itu boleh berubah dan menerima mereka secara total,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 8:00 AM