HARUN (depan) dan beberapa pengikutnya di Mahkamah Tinggi Kuantan.
HARUN (depan) dan beberapa pengikutnya di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Syazwan Msar

Kuantan: “Tidak puas hati dengan kehadiran kereta Proton Perdana berwarna hitam yang diletakkan di depan rumah, saya keluar dan mundar-mandir sebelum ke rumah jiran yang berada kira-kira selang dua buah rumah dari kediaman saya lalu menangkap gambar menggunakan telefon bimbit pada hari kejadian.

“Apabila saya ‘zoom’, jelas kelihatan kereta bercermin gelap itu bernombor pendaftaran JFN 2626,” kata jiran kepada Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek yang ditembak mati pada November 2013.

Osman Said, 61, berkata selepas mengambil gambar, dia pulang ke rumah dan selang beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi melakukan pemeriksaan dan mendapati kenderaan terbabit masih berada di situ.

Katanya, selepas itu dia mengambil keputusan pergi ke rumah jirannya yang berada agak jauh sedikit dan berbual dengannya.

“Kami berbual mengenai perkara lain, bukan mengenai kereta itu (Proton Perdana hitam). Namun, ketika pulang ke rumah, saya mendapati kereta itu masih berada di situ namun nombor pendaftaran belakangnya tiada,” katanya.

Katanya, mengesyaki sesuatu tidak baik, dia memberanikan diri pergi ke kereta berkenaan dan mengetuk cermin sebelah pemandu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:36 AM